Monday, December 29, 2008

mac 2009

1. semua orang di dalam Malaysia ini tidak kira ape jua fahaman politik menantikan detik Mac 2009 di waktu mana peralihan kuasa dikatakan akan berlaku.

2. Kepercayaan bahawa ini akan berlaku diasaskan kepada pengumuman oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dia akan serah jawatannya kepada Dato' Seri Najib Tun Razak pada tarikh tersebut. Abdullah juga menyatakan yang dia tidak akan bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno pada Mac 2009. Justeru tidak ada bahagian yang mencalonkan Abdullah sebagai Presiden.Biasanya sesiapa yang menjadi Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen.

3. Dalam parti-parti lain di Malaysia terdapat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak terdiri daripada Presiden parti. Demikian sementara Haji Hadi adalah Presiden PAS, yang menjadi Menteri Besar ialah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

4. Dalam DAP sementara pemimpin besarnya ialah Lim Kit Siang tetapi dia tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Keadaan yang sama terdapat dalam parti Keadilan di Selangor. Bahkan jika ketua Pakatan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia tidak mengetuai mana-mana Kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan.


1 comment:

RyZ4L said...

TUN DR Fariq Johari sangat!
inspirasi kate nyew!:p